Kawan Yang Baik Adalah Pendengar Yang Baik
Kalau kita ada kawan yang baik atau dipanggil sahabat, kita akan sentiasa berkongsi berita suka atau duka.
Perkongsian suka duka ini adalah suatu petunjuk bahawa kita dan kawan kita itu merupakan sahabat yang rapat.
Menjadi sahabat yang rapat bererti kita bukan sahaja bersedia menceritakan masalah atau pengalaman suka duka kita kepadanya, tetapi juga bersedia mendengar cerita, pengalaman atau masalah daripadanya.
Menjadi pendengar yang baik bererti kita tidak menyampuk apabila rakan sedang bercakap, memberi galakan untuk dia terus bercakap, menghayati isi percakapannya, dan turut merasai apa yang dirasainya.Usah cepat untuk menyampaikan cerita kita kepadanya ketika dia sedang bercakap sebab kalau kedua-dua pihak asyik bercakap bererti tiada siapa yang mendengar.