Monday, March 5, 2007

Motivasi untuk anak didikku

Motivasi Bestari

Usah Takut Memohon Maaf

Jikalau adik-adik melakukan sesuatu kesalahan, adik-adik tentulah takut dimarahi oleh kedua-dua ibu bapa.
Malah, sesetengah pelajar sanggup pula berbohong pada ibu bapanya untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukannya.
Perbuatan membohongi ibu bapa bukanlah suatu akhlak yang mulia. Malah, perbuatan ini berdosa di sisi agama.
Sekiranya adik-adik melakukan sesuatu kesalahan, adik-adik hendaklah berterus terang dan memohon maaf daripada ibu bapa.
Setiap ibu bapa tidak akan memarahi atau memukul anak-anak yang suka berterus terang, jujur, dan memohon maaf atas sesuatu kesalahan.
Malah, ibu bapa akan berasa bangga pada anak yang bersikap demikian.
Namun demikian, adik-adik haruslah berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi.
Oleh yang demikian, usahlah takut dan malu untuk memohon maaf daripada ibu bapa atas setiap kesalahan yang dilakukan.

2 comments:

adreenazreen said...

Kata2 yang menyentuh keperibadian ibu bapa yang mempunyai anak yang kian membesar.. Anak2 mencerminkan keperibadian kita sebagai ibu bapa mereka..

Adar said...

Sesuai untuk kita semua.