Kawan Yang Baik Adalah Pendengar Yang Baik
Kalau kita ada kawan yang baik atau dipanggil sahabat, kita akan sentiasa berkongsi berita suka atau duka.
Perkongsian suka duka ini adalah suatu petunjuk bahawa kita dan kawan kita itu merupakan sahabat yang rapat.
Menjadi sahabat yang rapat bererti kita bukan sahaja bersedia menceritakan masalah atau pengalaman suka duka kita kepadanya, tetapi juga bersedia mendengar cerita, pengalaman atau masalah daripadanya.
Menjadi pendengar yang baik bererti kita tidak menyampuk apabila rakan sedang bercakap, memberi galakan untuk dia terus bercakap, menghayati isi percakapannya, dan turut merasai apa yang dirasainya.Usah cepat untuk menyampaikan cerita kita kepadanya ketika dia sedang bercakap sebab kalau kedua-dua pihak asyik bercakap bererti tiada siapa yang mendengar.
2 comments:
susah nak cari sahabat yang betul-betul menghargai kita.tetapi tengoklah apabila suatu hari kita berada di dalam kesusahan atau kesedihan,siapa sahabat yang datang menolong.sahabat yang datang atau menolong itulah sahabat sejati.berkongsi saat suka dan duka.Macam mas tahu siapa sahabat sejati masa ayah meninggal.Ia benar-benar memberi satu pengajaran tentang persahabatan

Post a Comment